Isnin, Jun 27, 2011

Motivational Talk : Pemaaf

Penyampai : Nur Adilah Mohd Paiz
Tarikh : 27 Jun 2011

Motivasi pagi pada semester ini diteruskan oleh Adilah sebagai pembukanya. Tajuk yang diperkatakan oleh Adilah adalah 'pemaaf', dimana memaafkan adalah sesuatu yang saban kali berlaku dalam kehidupan kita, sama ada secara sedar ataupun tidak. Kita seringkali mudah untuk memaafkan, bahkan tidak sedar sama sekali ada perkara yang berlaku seandainya perkara itu kecil, remeh ataupun tidak menyentuh sensitiviti kita sama sekali.

Tapi mudahkah untuk memaafkan?

Adilah membawa kita sebuah cerita yang acapkali kita dengar berkenaan sifat pemaaf junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita ini berkenaan dakwah baginda ke Thaif yang mendapat sambutan yang buruk daripada orang-orang Thaif. Baginda bukan sahaja dimaki dan dicaci, malahan dibaling batu oleh penduduk di situ sehingga basah tubuh baginda dengan darah.

Sabtu, Jun 25, 2011

Selamat Datang Semester 4

Sudah seminggu kami semua di sini, meneruskan sesi pembelajaran kami di IPTAA ini. Dan semester ini sudah semester yang ke-empat, bermakna kami semua sudah separuh daripada perjalanan untuk merangkul ijazah dalam bidang pendidikan sains.

Subjek yang diambil dalam semester ini agak sukar, kerana semester ini menekankan perancangan dalam menjadi seorang guru, iaitu berkenaan RPH (subjek Sains dan juga PJ). Selain itu, ada dua subjek yang berkenaan teknologi dan seni, dimana kedua-dua komponen ini akan menjadi salah satu approach yang boleh kami gunakan dalam p&p. Dan tidak lupa juga komponen bagi subjek Sains kali ini ialah Ekosistem dan Biodiversiti, yang semacam kena pergi field trip, masuk hutan etc. Dan subjek English pula berkenaan teori-teori dan prinsip pengajaran. Sangat berat dan menggunakan duit yang agak banyak daripada biasa.

Tapi, inilah salah satu cabaran bagi kita untuk menjadi guru yang betul-betul berkualiti. Tunjukkan kepada dunia, bahawa kita bakal-bakal guru ini mampu untuk mengangkat taraf dan kualiti pendidikan lebih bagus daripada yang di Barat dan mampu untuk melahirkan masyarakat yang baik dari segi rohaniah dan juga fizikal.

Semester ini, IPTAA telah memulakan jadual anjal bagi menampung kekurangan bilik kuliah. Akan tetapi pada awal perlaksanaan, biasalah, akan ada juga pro dan kontra. Pada awalnya, ramai yang tidak puas hati kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk duduk semasa waktu lenggang. Dalam jangka masa panjang, mungkin akan ada banyak perubahan yang baik yang dilakukan dalam proses transformasi menjadi universiti, terutamanya dari segi infrastuktur.

Jadi, kepada semua, selamat kembali!!