Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Ahad, Januari 23, 2011

Rehlah SCS 24th January 2011

Hari ini, kami bersama-sama berkelah di astaka. Walaupun ramai juga pada asalnya datang nak makan, tapi at the end, everyone was having so much fun!

Aktiviti pertama setelah memanaskan badan ialah permainan baling selipar. Hanya dua round sahaja yang dapat dibuat, sebelum permainan diteruskan kepada main sorok-sorok. Memang sangat seronok. Sampai badan besar-besar pun boleh muat menyorok dalam longkang kecil tu. Dan aku rasa semua tak berpuas hati dengan duo Fetri-Syauqi. Agak menyakitkan hati ye strategi mereka berdua tu.

Permainan diteruskan dengan bermain Iceberg (lebih kurang begitulah namanya). Lima orang 'monster' iaitu Syahid, Mel, Janna, Syauqi dan Faiq telah ditugaskan untuk menangkap kami ikan-ikan duyung yang comel, jelita dan ayu ini. Macam main kejar-kejar jugalah.

Rabu, Januari 19, 2011

Sadness of Palestine : A Recap



Pada 18 Januari 2011, satu pembentangan berkenaan Palestin telah dilaksanakan oleh wakil daripada Aman Malaysia Berhad, yang dianjurkan di bawah Exco Kerohanian 1, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGTAA. Maka, bahagian kerohanian Science Crew Society (SCS) telah mencadangkan pembentangan ini dihadiri oleh semua ahli unit Sains dan dijadikan salah satu aktiviti bagi SCS. Acara ini bermula kira-kira 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Sabtu, April 18, 2009

SIKAP BURUK ORANG KITA

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama dah tak update, maklumlah adapter wireless laptop ni 'brona' sikit. Dapat update ni pun sebab uchena bagi pinjam 'die punye broadband je' ;)

Setakat ini, tak ada apa-apa aktiviti yang menarik yang kami jalankan kecuali Bakti Siswa yang sememangnya kami jalankan tiap-tiap hari Jumaat. Semalam, satu lagi sesi Bakti Siswa telah dapat dijalankan dengan jayanya. Di samping cerita berkenaan Bakti Siswa, terdapat satu lagi perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

Sewaktu rakan-rakan yang lain sibuk dengan Bakti Siswa, 5 orang daripada cikgu laki telah dipanggil untuk membantu menguruskan hasil kutipan derma pakaian PBSM yang terdapat di Dewan Darul Makmur. Hasil kutipan derma pakaian ini sememangnya amat banyak dan ini membuktikan bahawa warga Kuala Lipis ini pemurah semuanya.

Cuma, apa yang dikesalkan ialah, bukan setakat pakaian yang didermakan, ada juga yang dermakan 'sampah'. Maaf jika kedengaran sedikit kasar namun realitinya memang begitu. 'Sampah' yang saya maksudkan tadi ialah pakaian-pakaian yang langsung tidak boleh dipakai. Maknanya, dalam sifat pemurah kita ni, masih lagi terdapat sedikit sikap yang buruk,iaitu kita hanya jadi pemurah untuk mendermakan sesuatu barangan kita itu hanya apabila merasakan barangan itu sudah tak dapat digunakan lagi.

Harap-harapnya, lepas ni kita semua cikgu-cikgu tak kisahlah cikgu sains ke,bm ke, cuba-cubalah kikis 'sikap buruk dalam baik' kita ni. Bukan apa, dalam konteks derma ni, kita seharusnya dermakan sesuatu yang paling kita sayang, bukannya mendermakan sesuatu yang kita sudah tidak suka ataupun yang langsung tak dapat berfungsi. Contohilah sikap sahabat-sahabat Rasulullah SAW dari golongan ansar yang sewaktu tibanya golongan muhajirin dari Mekah, golongan ansar ini dengan rela hati mendermakan sebahagian harta, malah isteri-isteri mereka kepada saudara muhajirin mereka yang baru tiba. renung2kan dan selamat beramal =)

Selasa, Mac 31, 2009

PROGRAM BAKTI SISWA CIKGU2 SAINS

Panas terasa bila baca komen2 yang tertulis di ruangan 'shout' di sebelah, sidebar kanan ni. Tak sangka pula yang cikgu2 ni berbakat juga dalam mengkritik orang lain, walaupun apa yang dikritik tu, taktau mana hujung pangkalnya. Tapi apa boleh buat, pendapat orang lain, kita tak boleh bantah sebab itu pendapat diorang. Apa yang penting, fikir terlebih dulu bila kita nak cakap sesuatu, jangan cakap tak tentu hala je.. Sebabnya, orang Islam ni akan berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin menyakiti hati saudara seIslamnya yang lain =)

Baiklah, berbalik kepada topik utama saya pada pagi yang mulia ini iaitu berkenaan berita terkini cikgu2 sains. Mungkin ada yang tanya, apsal tulis tentang budak2 sains je??? hebat sangat ke budak2 sains sampaikan nak tulis tentang budak2 sains je.. Dah tentulah kami tulis tentang cikgu2 sains je, nama blog pun Cikgu Sains kan =)

Buat masa sekarang, kami semua sedang sibuk dengan satu program yang dinamakan program 'Bakti Siswa'. Program ini melibatkan cikgu2 sains dan pensyarah2 unit JSM dengan murid-murid darjah 4 dan 5 SK Tempoyang dengan tujuan untuk membantu 'mengukuhkan kefahaman murid-murid disitu berkaitan dengan konsep sains'. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah unit JSM terutama Pn Rafidah dan Pn Puziah yang banyak membantu kami melaksanakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada En. Ghaffar, KJ Tek. Pendidikan bersama-sama dengan cikgu2 matematik PISMP Matematik kerana untuk makluman semua, idea pelaksanaan program ini datangnya dari mereka.

Kalau nak tengok gambar masa hari pertama program ni berlangsung, tengoklah kat bawah ni ....