Sabtu, April 18, 2009

SIKAP BURUK ORANG KITA

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama dah tak update, maklumlah adapter wireless laptop ni 'brona' sikit. Dapat update ni pun sebab uchena bagi pinjam 'die punye broadband je' ;)

Setakat ini, tak ada apa-apa aktiviti yang menarik yang kami jalankan kecuali Bakti Siswa yang sememangnya kami jalankan tiap-tiap hari Jumaat. Semalam, satu lagi sesi Bakti Siswa telah dapat dijalankan dengan jayanya. Di samping cerita berkenaan Bakti Siswa, terdapat satu lagi perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

Sewaktu rakan-rakan yang lain sibuk dengan Bakti Siswa, 5 orang daripada cikgu laki telah dipanggil untuk membantu menguruskan hasil kutipan derma pakaian PBSM yang terdapat di Dewan Darul Makmur. Hasil kutipan derma pakaian ini sememangnya amat banyak dan ini membuktikan bahawa warga Kuala Lipis ini pemurah semuanya.

Cuma, apa yang dikesalkan ialah, bukan setakat pakaian yang didermakan, ada juga yang dermakan 'sampah'. Maaf jika kedengaran sedikit kasar namun realitinya memang begitu. 'Sampah' yang saya maksudkan tadi ialah pakaian-pakaian yang langsung tidak boleh dipakai. Maknanya, dalam sifat pemurah kita ni, masih lagi terdapat sedikit sikap yang buruk,iaitu kita hanya jadi pemurah untuk mendermakan sesuatu barangan kita itu hanya apabila merasakan barangan itu sudah tak dapat digunakan lagi.

Harap-harapnya, lepas ni kita semua cikgu-cikgu tak kisahlah cikgu sains ke,bm ke, cuba-cubalah kikis 'sikap buruk dalam baik' kita ni. Bukan apa, dalam konteks derma ni, kita seharusnya dermakan sesuatu yang paling kita sayang, bukannya mendermakan sesuatu yang kita sudah tidak suka ataupun yang langsung tak dapat berfungsi. Contohilah sikap sahabat-sahabat Rasulullah SAW dari golongan ansar yang sewaktu tibanya golongan muhajirin dari Mekah, golongan ansar ini dengan rela hati mendermakan sebahagian harta, malah isteri-isteri mereka kepada saudara muhajirin mereka yang baru tiba. renung2kan dan selamat beramal =)