Selasa, Oktober 04, 2011

Dari Laptop Admin (wink! wink!!)

Nampak sangat, masuk semester 4 ni sangat bersawang laman sesawang ni. Sejak Aidilfitri, sampailah sekarang, kesibukan buat assignment masih lagi tak habis. Sebabnya, ada BIG Program Anak Angkat dan juga Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, kedua-duanya lebih kurang dua minggu berlangsungnya.

Semoga, ada masa nanti, akan dikemaskinikan laman ni. Ataupun bila dah ada barisan Admin baru nanti, rajinlah mereka mengemaskini, insyaAllah.

Isnin, Julai 25, 2011

Motivational Talk : Masalah dan Diri Kita

Penyampai : Nurul Amira Husna Binti Sharrudin
Tarikh : 18 Julai 2011

Motivasi kali ini berkenaan masalah dan bagaimana untuk mengendali dan menerima masalah tersebut. Penyampai bercerita tentang seorang lelaki yang suka mengeluh dek masalah yang dihadapinya. Pada suatu hari, lelaki tersebut membawa diri ke hujung kampung. Di hujung kampung tersebut terdapat sebatang sungai. Di sana, lelaki itu ingin melepaskan tekanan yang dihadapinya.

Di tepi sungai tersebut, ada seorang lelaki tua. Lelaki tua itu kelihatan tenang saja riak wajahnya dan perlakuannya. Si lelaki yang suka mengeluh itu meluahkanlah apa yang ditanggungnya kepada lelaki tua itu. Setelah selesai bercerita, si tua mengajak lelaki yang suka mengeluh itu ke satu tempat.

Di tempat tersebut, terdapat sebuah kolam, sebiji cawan dan dua bungkus garam. Si lelaki tua menyuruh lelaki yang suka mengeluh itu mengambil cawan tersebut dan menceduk air kolam tersebut. Seterusnya disuruhnya mengambil sebungkus garam dan isikan garam tersebut ke dalam cawan. Bila disuruh dihirup airnya, lelaki yang suka mengeluh itu mengatakan air itu masin.

Lelaki tua itu seterusnya menyuruh lelaki yang suka mengeluh itu mencurahkan sebungkus garam yang tinggal itu ke dalam kolam dan dihirup airnya. Lelaki yang suka mengeluh itu mengatakan air itu tidak masin seperti air di dalam cawan.

Garam itu ibaratkanlah seperti masalah, cawan dan kolam sebagai hati kita. Andai hati kita kecil seperti cawan itu, kita akan rasa sangat terbeban dengan masalah yang kita hadapi. Manakala andai hati kita besar seperti kolam itu, masalah itu tidak membuat kita terasa susah hati malah boleh membuat kita tersenyum.

Pengajaran daripada cerita di atas:
Berlapang dadalah atas masalah yang datang. Allah memberi kita ujian dan masalah berdasarkan kemampuan kita. Dia tidak akan menzalimi kita dengan memberi sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung.

Rabu, Julai 13, 2011

Motivational Talk : Kesempatan Untuk Bahagia

Penyampai : Muhammad Syahid bin Mohd Adli
Tarikh : 11 Julai 2011

Motivasi pagi kali ini yang diberikan oleh Syahid adalah berfokuskan tentang bagaimana bahagia boleh dinikmati. Ada pendapat mengatakan, bila kita senang (kaya), kita boleh bahagia. Masa kecil dulu pun, mak pernah cakap, nanti belajar rajin-rajin, boleh kerja besar, nanti hidup senang.

Tapi bila meningkat dewasa, terkadang kita tak mampu untuk gembira dan bahagia meskipun kita punya kelebihan dari segi material. Malahan, kelebihan itulah yang membuatkan hidup kita terasa kosong dan tidak bermakna.

Makanya, di sini disertakan tiga cara bagaimana untuk menikmati kebahagiaan hidup, yang sedikit sebanyak boleh kita praktikkan. InsyaAllah, kita semua akan berasa gembira dan berpuas hati.

1. Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan ini adalah dengan memberi apa yang kita ada lebih, berkongsi bersama orang-orang yang tersayang, sahabat-sahabat mahupun fakir-fakir miskin.

Contohnya, cuba kita buat kejutan hari lahir untuk ibu tersayang, pastilah dia akan berasa gembira dan terharu. Takkanlah kita tak gembira bila ibu kita gembira kan?

Ataupun, bila kita menghulurkan bantuan persekolahan untuk kanak-kanak yang dijaga oleh neneknya yang tua yang tinggal di rumah kecil dan buruk tak berair tak berapi; kita boleh nampak jelas kegembiraan dan kesyukuran pada kanak-kanak itu, pada neneknya. Apa perasaan kita pada ketika itu agaknya?

Bersedekahlah, dan gembirakanlah orang lain. InsyaAllah, kita pun akan rasa gembira dan bahagia.

2. Berpengetahuan

Pengetahuan merupakan satu perkara yang terpenting dalam kehidupan kita. Kita mula belajar sedari dalam perut ibu, dan kanak-kanak merupakan peringkat di dalam kehidupan dimana proses pembelajaran berkembang dengan pesat. Akan tetapi, tambahlah ilmu biarpun usia makin lanjut.

Kepentingan pelajaran bukanlah semata dengan mudahnya untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus dan berpendapatan tinggi. Ianya lebih dari itu. Ilmu membuka minda kita untuk berfikir dengan luas di luar kotak, yang mengaktifkan sel-sel di dalam otak kita yang seterusnya melambatkan proses nyanyuk apabila kita sudah tua.

Apa pula perkaitan dengan kebahagiaan?

Isnin, Jun 27, 2011

Motivational Talk : Pemaaf

Penyampai : Nur Adilah Mohd Paiz
Tarikh : 27 Jun 2011

Motivasi pagi pada semester ini diteruskan oleh Adilah sebagai pembukanya. Tajuk yang diperkatakan oleh Adilah adalah 'pemaaf', dimana memaafkan adalah sesuatu yang saban kali berlaku dalam kehidupan kita, sama ada secara sedar ataupun tidak. Kita seringkali mudah untuk memaafkan, bahkan tidak sedar sama sekali ada perkara yang berlaku seandainya perkara itu kecil, remeh ataupun tidak menyentuh sensitiviti kita sama sekali.

Tapi mudahkah untuk memaafkan?

Adilah membawa kita sebuah cerita yang acapkali kita dengar berkenaan sifat pemaaf junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita ini berkenaan dakwah baginda ke Thaif yang mendapat sambutan yang buruk daripada orang-orang Thaif. Baginda bukan sahaja dimaki dan dicaci, malahan dibaling batu oleh penduduk di situ sehingga basah tubuh baginda dengan darah.

Sabtu, Jun 25, 2011

Selamat Datang Semester 4

Sudah seminggu kami semua di sini, meneruskan sesi pembelajaran kami di IPTAA ini. Dan semester ini sudah semester yang ke-empat, bermakna kami semua sudah separuh daripada perjalanan untuk merangkul ijazah dalam bidang pendidikan sains.

Subjek yang diambil dalam semester ini agak sukar, kerana semester ini menekankan perancangan dalam menjadi seorang guru, iaitu berkenaan RPH (subjek Sains dan juga PJ). Selain itu, ada dua subjek yang berkenaan teknologi dan seni, dimana kedua-dua komponen ini akan menjadi salah satu approach yang boleh kami gunakan dalam p&p. Dan tidak lupa juga komponen bagi subjek Sains kali ini ialah Ekosistem dan Biodiversiti, yang semacam kena pergi field trip, masuk hutan etc. Dan subjek English pula berkenaan teori-teori dan prinsip pengajaran. Sangat berat dan menggunakan duit yang agak banyak daripada biasa.

Tapi, inilah salah satu cabaran bagi kita untuk menjadi guru yang betul-betul berkualiti. Tunjukkan kepada dunia, bahawa kita bakal-bakal guru ini mampu untuk mengangkat taraf dan kualiti pendidikan lebih bagus daripada yang di Barat dan mampu untuk melahirkan masyarakat yang baik dari segi rohaniah dan juga fizikal.

Semester ini, IPTAA telah memulakan jadual anjal bagi menampung kekurangan bilik kuliah. Akan tetapi pada awal perlaksanaan, biasalah, akan ada juga pro dan kontra. Pada awalnya, ramai yang tidak puas hati kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk duduk semasa waktu lenggang. Dalam jangka masa panjang, mungkin akan ada banyak perubahan yang baik yang dilakukan dalam proses transformasi menjadi universiti, terutamanya dari segi infrastuktur.

Jadi, kepada semua, selamat kembali!!

Isnin, April 04, 2011

Motivasi Belajar 1,2,3

Penyampai : Puan Puziah Mohd Nawi
Tarikh : 4 April 2011

1
Sedia
Awal
Tekun -> Kemahiran -> Tabiat
Ulangkaji

2
Doa
Usaha
Amal

3
Tawakkal
Ingat
Gigih
Amanah

Ahad, April 03, 2011

Hari Pertama Lawatan

Terlalu banyak yang boleh diceritakan, dan tak mampu nak ceritakan semuanya. Perjalanan pada hari ini tidak mengikut jadual sepenuhnya, dan kami semua tak balik langsung ke rumah sehari suntuk.

Pada paginya, kami bersarapan di luar agak lewat berbanding jadual. Di sini, adalah aturan jadual perjalanan kami.

- Taman Buaya
- Main go-cart
- Zoo Melaka
- Lunch
- Planetarium Melaka
- Solat
- Minum coconut shake
- River cruise
- Dinner
- Balik

Jumaat, April 01, 2011

'Fasa Pertama' Lawatan Kami

Sekarang sudah 10.27 malam. Kami semua masih lagi ada di tepi tol Sungai Besi, menunggu bas yang sedang dibaiki. Kami dah ada di sini sejak jam 8 lebih tadi, dan perlu tunggu lagi dua jam. Sangat menarik fasa pertama lawatan kami ni.

Dijangka, dalam jam 2 - 3 pagi nanti baru sampai Melaka. Doakan keselamatan kami, dan kejayaan lawatan ni.

Isnin, Mac 28, 2011

Motivational Talk : Memerhati dan Belajar, dan Nikmat Yang Ditarik

Penyampai : Mohd Alimie bin Zawawi
Tarikh : 28 Mac 2011

1. Memerhati dan Belajar

Kita sebagai seorang manusia, hendaklah berlajar dari semua perkara yang ada di sekeliling kita, walaupun ianya dari benda yang tidak baik. Sebagai contoh, kita boleh ambil pengajaran daripada seorang pencuri. Kita akan belajar bahawa mencuri itu bukanlah perkara yang baik dan membawa kebaikan, maka perlulah kita hindari. Contoh yang lain pula, kita juga boleh belajar daripada seorang budak kecil. Kanak-kanak selalu bergaduh sesama mereka, tapi sekejap sahaja bergaduhnya. Bergaduh macam mana pun, petangnya boleh bermain bersama-sama. Mereka tidak memendam dendam seperti kita yang sudah dewasa dan berakal ini.

Alimie meneruskan motivasi dengan bercerita berkenaan Saidina Umar Al-Khattab dengan seorang budak kecil. Saidina Umar pernah terjumpa dengan seorang budak kecil yang sedang menangis dan bertanya akan sebabnya. Budak kecil itu berkata, 'Aku melihat ranting-ranting kayu digunakan orang untuk mula membuat unggun api. Aku teringat akan neraka. Unggun api ini mula dinyalakan dengan ranting yang kecil, sama seperti aku yang kecil ini pasti lebih awal untuk dibakar di dalam api neraka.'

Motivational Talk : Doa

Penyampai : Muhammad Faiq bin Che Kamarudin
Tarikh : 3 Mac 2011

Maaf kerana lambat update.

Pada pagi tersebut, Faiq telah menyampaikan sebuah motivasi pagi berkenaan doa. Kita selalu berdoa, meminta dan berharap kepada Allah tentang apa yang kita mahu.

Menurutnya, doa ini bertujuan untuk menyerahkan diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita kehendaki.

Tetapi, janganlah kita berputus asa, mengeluh dan merungut apabila doa kita tidak dimakbulkan. Hendaklah kita sering beringat, dan bersangka baik kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Doa kita insyaAllah akan dimakbulkan, sama ada cepat atau lambat sahaja. Ini kerana Allah hanya ingin memberikan apa yang terbaik bagi kita.

Oleh sebab itu, kita hendaklah bertawakkal dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah atas permintaan kita itu.

Isnin, Mac 21, 2011

MATLAMAT HIDUP MUKMIN

PENYAMPAI: ZAIRUL HISHAMUDDIN BIN ABDUL RAZAK

Assalamualikum pembuka bicara....Alhamdulillah, bermula hari baru, langkah baru, dan niat

yang baru....Allah masih menjaga hati-hati kita dengan sebaik-baik jagaan..InsyaAllah, 

amin...Hari ini seorang lagi ahli kelas sains memulakan motivasi pagi..dengan tajuk yang 

cukup MANTOP!..moga hasilnya juga MANTOP! bukan sekadar sembang kemas tapi amalan 

LINGKUP! namun yang penting berpesan-pesan dengan kebenaran itu dijadikan tunjang 

utama dalam hidup mukmin sejati umpama pohon yang hidup subur dengan akar yang kemas 

dan kukuh...Ayuh sahabat2 kita hayunkan langkah menuju mukmin bertakwa bermula 

dengan 

matlamat yang jelas..

YA!!! MATLAMAT HIDUP MUKMIN! 




Nikmat Utama: Islam dan Iman
[Insan yang mulia]


Hendaklah memelihara Iman dan Islam dgn sentiasa berdoa dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah swt


Menyerahkan semua urusan hidup kerana Allah swt sebagaimana yg kita lafazkan dalam solat


Semua kerja yang dilakukan hendaklah berlandaskan keimanan [jujur dan khlas]


Untuk menjadi Insan yang mulia, kita hendaklah bertqwa. Kemewahan dan kesempurnaan fisikal juga penting dalam menentukan taraf seseorang.
 

 

 

 

 

Khamis, Februari 24, 2011

Pengumuman Pemenang Bagi Calon JPP 2011 / 2012



Bismillahirrahmanirrahim..

Kami, dengan ini, mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada pemenang-pemenang pilihanraya kampus, yang baru saja diumumkan sebentar tadi.
Dan berbanyak-banyak tahniah khususnya kepada wakil dari kelas kami, iaitu Muhammad Afnan bin Tumiran dan Wan Ajrina binti Wan Ahmad kerana berjaya menang untuk kerusi exco. Dan juga berbanyak-banyak tahniah sekali kali untuk sahabat kami, Muhammad Afnan bin Tumiran kerana memperolehi undian terbanyak bagi kerusi exco, dan juga keseluruhan.



Afnan semasa ucapan bagi wakil exco.



Orang yang tengah cuak pada asalnya. Tapi bila acu kamera terus pose sambil senyum. Hebat betul kuasa kamera kepada beliau.

Dengan ini, termaktublah insan-insan ini yang dipilih Allah, untuk berada di atas kami, mewakili kami dan suara kami, sebagai pemimpin kami. Dan insyaAllah, selagi masih bertepatan dengan syariat Islam, kami akan menyokong anda, membantu anda, sehebat sewaktu kami bersama-sama menyokong anda untuk bertanding dahulu.

Weeeeeeee~~~~~

Sangat happy ye (^_^)

Selasa, Februari 22, 2011

Usrah Bulanan : Maulidur Rasul

Pada hari ini, telah diadakan usrah bulanan yang bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Usrah ini telah dilaksanakan dengan membuat kuiz berkenaan sirah RasuluLlah. Kuiz ini dibuat secara berkumpulan.

Berikut merupakan soalan kuiz tersebut:

1. Tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.
A. 12 Rabiul Awal
B. 12 Rabiul Akhir
C. 12 Rejab

2. Nama datuk dari sebelah bapa Nabi Muhammad SAW.
A. Abdul Talib bin Hashim
B. Abi Talib bin Hashim
c. Abdul Muttalib bin Hashim

3. Nama datuk dari sebelah ibu Nabi Muhammad SAW.
A. Wahab bin Abdul Manaf
B. Wahab bin Al Musa
C. Wahab bin Sulaiman

Isnin, Februari 21, 2011

Motivational Talk: Ikhlas

Penyampai : Muhammad Nasrul Abu Bakar
Tarikh : 21 Februari 2011

Motivasi pagi kali ini dimulakan dengan memperkenalkan satu seni nyanyian yang dipanggil 'Nazam'. Nazam popular di Melaka. Seni ini dibawa dari tanah Arab, yang dimulakan dengan selawat dan mempunyai unsur-unsur agama. Kini, terdapat nazam asli dan nazam moden. Ianya selalu dinyanyikan oleh kaum perempuan dan dinyanyikan untuk memulakan majlis.

Kemudian, penyampai meneruskan dengan tajuk utama, iaitu ikhlas.

Penyampai menceritakan tentang pengalaman beliau ke Kuala Lumpur dan terjumpa sekumpulan pelajar yang sedang menyampaikan dakwah kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Masjid Negara. Terdapat risalah-risalah yang diedarkan oleh sekumpulan pelajar tersebut, dan salah satunya berkisar tentang ikhlas.

Maksud hadith:
Terdapat tiga perkara yang mengiringi seseorang ke liang lahad, iaitu keluarga, harta dan amal. Keluarga akan meninggalkan kita di kubur, harta pun akan pergi tinggalkan kita, cuma amal sahaja yang akan menemai kita di dalam kubur.

Ikhlas termasuklah dalam golongan amal itu.

Jumaat, Februari 18, 2011

Sambutan Maulid Nabi Peringat IPGKTAA 2011


Satu sambutan sempena ulangtahun kelahiran rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w, atau umum disebut sebagai Maulidur Rasul, telah diadakan pada peringkat IPGKTAA pada malam 17 Februari 2011, iaitu pada malam Jumaat baru-baru ini. Sambutan ini dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib bersama-sama, membaca surah Yaasin dan tahlil serta solat Isya’ berjemaah. Selepas Isya’, para pelajar Muslim serta pensyarah berarak sambil berselawat kepada RasuluLlah, daripada perkarangan surau Asy-Syafie sehingga ke Dewan Darul Makmur, mengiringi sepanduk-sepanduk yang telah dilukis oleh jabatan masing-masing.




Acara kemudian diteruskan dengan ceramah sempena Maulid Nabi ini, oleh Ustaz Mohd Akmal bin Abdul Manaf, Imam Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.
Isi ceramah ini berkisar tentang Nabi Muhammad s.a.w, bagi mengingat kembali sirah baginda, juga mengupas sedikit sebanyak berkenaan kehebatan baginda, keistimewaan, akhlak dan perilaku Nabi, juga tanggungjawab kita sebagai umat Islam, sebagai umat Muhammad ini dalam menjalani hidup di dunia ini.

Manifesto

Rabu, Februari 16, 2011

Majlis Penamaan Calon JPP 2011

Pada hari ini, jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Penamaan Calon bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi tahun 2011. Majlis ini diadakan di Kafe Sayyidatina Aishah di hadapan bilik gerakan JPP.

Unit kami telah sepakat sebulat suara untuk menghantar dua orang wakil, iaitu Muhammad Afnan bin Tumiran dan Wan Ajrina binti Wan Ahmad. Keputusan ini telah diperoleh setelah beberapa kali proses mengundi, serta tidak lupa istikharah dan doa kepada Yang Maha Mengetahui bagi membimbing kami dalam membuat keputusan.


Afnan bersama pencadang dan penyokongnya, Syahid dan Alimie.




Ajrina bersama pencadang dan penyokongnya, Hafiz dan Janna.


Walaupun ini hanyalah satu langkah yang mudah dan baru satu langkah pertama dalam membentuk wakil JPP, namun begitu, langkah pertama inilah yang paling penting dalam menentukan hari esok. Ini kerana, langkah inilah yang menghasilkan insan yang bernama pemimpim dalam mendukung amanah daripada Allah SWT. Perlu diingatkan, jangan dipandang enteng mana-mana jawatan dan tanggungjawab yang sedang dan akan kita sandang. Ini kerana, kebaikan dan kejahatan itu pastilah akan dihitung di hari akhir nanti walaupun nilainya sekecil zarah yang maha halus. Dan ingatlah juga, tanggungjawab dan amanah ini sangatlah berat bagi seseorang itu untuk menjalankannya. Mintalah petunjuk daripada Allah, usah tinggalkan istikharah dan berdirilah di bumi yang nyata.

Bagi yang dipimpin, berilah sokongan padu anda pada pemimpin, selagi mana dia tidak melanggar mana-mana syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Bantulah rakan-rakan anda yang pastinya akan banyak ketinggalan dalam kelas, faham akan kesibukan mereka, dan tegurlah mereka dengan baik sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Janganlah tinggalkan mereka terkontang-kanting di saat mereka sangat memerlukan kita.

Akhir kata, selamat berjaya kami ucapkan kepada Afnan dan Ajrina, dan juga semua yang akan bertanding dalam merebut kerusi dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Isnin, Februari 14, 2011

Motivational Talk: Ikhtilaf

Penyampai: Muhammad Syauqi bin Zainal Abidin
Tarikh: 14 Februari 2011

Ikhtilaf adalah satu perkara yang selalu kita alami, tapi tak pernah kita tahu akan istilahnya sama ada dari segi bahasa mahupun konsepnya.

Ikhtilaf dari segi bahasa bermaksud percanggahan.

Terdapat dua jenis ikhtilaf, iaitu ikhtilaf berkenaan perkara-perkara furuq iaitu perkara-perkara cabang seperti perkara dalam hukum hakam serta cara melakukan ibadah dan cara hidup, dan ikhtilaf berkenaan perkara-perkara usul iaitu perkara-perkara asas yang berkenaan dengan akidah.

Terdapat adab-adab dalam menangani ikhtilaf ini. Dalam menghadapi ikhtilaf dalam perkara furuq, kita hendaklah berlapang dada. Ini kerana terdapat berbagai percanggahan walaupun dalam agama, dan percanggahan ini adalah berbeza sama ada dalam konteks mazhab dan juga dalam budaya sesetengah negara atau kaum. Sebagai contohnya, terdapat mazhab yang tidak mewajibkan bagai wanita menutup kakinya. Ada juga mazhab yang apabila solat, tangan tidak di'qiam'kan di pusat tetapi sama ada di dada, mahupun tidak ber'qiam' langsung.

Isnin, Februari 07, 2011

Motivational Talk : Himpunan Tiga Cerita

Penyampai: Mohd Afnan Tumiran
Tarikh: 7 Februari 2011

Cerita Pertama

Pada zaman penyebaran agama Islam, ada diceritakan Rasulullah s.a.w sentiasa menyuapkan makanan kepada seorang kafir yang buta. Orang buta yang tidak tahu bahawa yang menyuapkan makanan itu ialah Rasulullah, juga mendengar berita tentang agama baru itu selalu memberi amaran kepada orang yang menyuapkannya itu supaya berhati-hati pada 'penyair' (Rasulullah), mengeji dan memburukkan baginda.

Setelah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar ingin meneruskan pekerjaan yang selalu dilakukan Rasulullah semasa hayat baginda. Satu masa, Saidina Abu Bakar bertanya kepada Saidatina Aishah, apakah lagi pekerjaan yang tidak beliau lakukan. Maka Aishah bercerita berkenaan orang kafir buta itu. Maka Saidina Abu Bakar pun pergi bertemu orang buta itu ddengan niat untuk menyuapkan makanan kepadanya. Namun orang kafir buta itu terasa kelainan pada orang yang menyuapkannya. Bila Saidina Abu Bakar menyatakan bahawa dialah orang yang selalu menyuapkannya, orang buta itu berkata 'Orang yang selalu menyuap aku melembutkan dulu makanan sebelum menyuapku.'

Sabtu, Januari 29, 2011

Sedikit Ubahsuai Kepada Blog

Sekadar makluman, saya telah melakukan sedikit pengubahsuaian kepada blog ini. Pengubahsuaian itu dilakukan di header blog, background, serta tulisan. Semoga dengan pengubahsuaian ini, kita dapat berblog dengan lebih rajin..hehe

Majulah Blog Budak2 Sains!!!

Oh ya, shoutbox saya dah masukkan (klik je pada 'Buku Tamu' di sebelah kanan atas blog). Segala spam2 yang berleluasa sebelum ini telah berjaya saya padamkan. Harap maklum.

Sebelum:

Selepas:

Jumaat, Januari 28, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011


Bersidang dari Dewan Darul Makmur, IPG Tengku Ampuan Afzan, mempersembahkan:


Majlis Anugerah Cemerlang 2011


Dua orang pelajar cemerlang dari unit kami telah mendapat anugerah atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan semester lepas.

Mereka ialah:


Asma Nur Ain binti Mohd Azri (3.76)




Wan Ajrina binti Wan Ahmad (3.75)


Tahniah pada Asma dan Rina. Next sem, ramai-ramai ye naik pentas!

Isnin, Januari 24, 2011

Motivational Talk: Amalan Sunat Hari Jumaat

Penyampai: Norhakimah Mohd Ismail
Tarikh: 24 Januari 2011

Motivational talk pada tahun ini dimulakan pada hari ini. Motivasi yang disampaikan pada hari ini berkisar kepada amalan sunat pada hari Jumaat, berdasarkan satu artikel di dalam majalah Solusi edisi ke 27.


Terdapat beberapa amalan sunat yang disebutkan berkenaan dengan hari Jumaat. Yang paling utamanya ialah berselawat ke atas Nasi SAW.
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.
Riwayat al-Baihaqi
Umpamanya, andai kita memberi sedekah sebanyak RM1, orang bagi semula pada kita RM10. Bukankah itu satu keuntungan yang sangat besar?

Ahad, Januari 23, 2011

Rehlah SCS 24th January 2011

Hari ini, kami bersama-sama berkelah di astaka. Walaupun ramai juga pada asalnya datang nak makan, tapi at the end, everyone was having so much fun!

Aktiviti pertama setelah memanaskan badan ialah permainan baling selipar. Hanya dua round sahaja yang dapat dibuat, sebelum permainan diteruskan kepada main sorok-sorok. Memang sangat seronok. Sampai badan besar-besar pun boleh muat menyorok dalam longkang kecil tu. Dan aku rasa semua tak berpuas hati dengan duo Fetri-Syauqi. Agak menyakitkan hati ye strategi mereka berdua tu.

Permainan diteruskan dengan bermain Iceberg (lebih kurang begitulah namanya). Lima orang 'monster' iaitu Syahid, Mel, Janna, Syauqi dan Faiq telah ditugaskan untuk menangkap kami ikan-ikan duyung yang comel, jelita dan ayu ini. Macam main kejar-kejar jugalah.

Sabtu, Januari 22, 2011

Soalnya Siapa?




Apabila kita bercakap berkenaan dakwah, pasti ramai yang akan diam membisu. Semua takut, semua serba salah. Ayat-ayat yang kedengaran pasti berbunyi lebih kurang, 'Aku pun bukan baik sangat', ataupun 'Bukan kerja aku, kenapa aku nak ambil kisah?'

Andai kita tukar perkataan itu kepada nasihat, atau teguran, pasti akan ada yang mula tampil ke hadapan. Sudah ada yang berani bersuara.

Rabu, Januari 19, 2011

Sadness of Palestine : A Recap



Pada 18 Januari 2011, satu pembentangan berkenaan Palestin telah dilaksanakan oleh wakil daripada Aman Malaysia Berhad, yang dianjurkan di bawah Exco Kerohanian 1, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGTAA. Maka, bahagian kerohanian Science Crew Society (SCS) telah mencadangkan pembentangan ini dihadiri oleh semua ahli unit Sains dan dijadikan salah satu aktiviti bagi SCS. Acara ini bermula kira-kira 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.