Rabu, November 04, 2009

mencari konklusi



hari ini, 4 november 2009, bersamaan pagi tadi exam bi. (tk ya cite a bab exam tu..tuuut) tak sangka, tak lama lagi berakhirlah tampuk pemerintahan SYAHID sebagai penghulu unit sains a.k.a K.Uku yang disayangi semua, serta orang kanan yang setia melayan kerenah K.U kita, cik ASMA. Pelbagai susah senang mereka hadapi bersama, termasuklah menyediakan waktu yg bersesuaian untuk mengadakan kelas ganti. Tengok semua orang ada, baru boleh jalan kelas ganti kita yg sememangnya tak akan pernah habis., serta pelbagai kerenah kami yg suka menyakat ketua dan penolong unit ni... sesaje...untuk menceriakan hati dan hari yg gundah gulana....suram gulap gulita ketika menghadapi kesusahan.. Sem ni juga...walaupun terdapat sedikit dugaan,, (sikit je) namun... cikgu kan... Masing2 da besar dan matang serta bijak dalam menyelesaikan masalah yang melanda kita semua...

Apa yg menarik sem ni....Afnan telah menyediakan slot MOTIVATIONAL TALK setiap pagi Isnin & Khamis,..siape motivatornya?
Semua ahli kelas kami,.ada giliran mereka...pelbagai cerita, pedoman yg disampaikan..dgn style masing2..memang berbakat cikgu2 semua ni..
ada antara yg saya ingat,,.cerita ibu yang disampaikan oleh Nasrul,.
memang touching aa... saya sempat tangkap a beberapa org yg tangkap leleh tu...
heee~~



2 oktober 2009, genap sebulan 2 hari yg lalu,.
akhirnya kertas kerja yg dirancang sejak sem 2 lagi...yg dikepalakan oleh Fetri & Kili..
berjaya direalisasikan....!
kami semua bergerak menuju ke Kuala Rengit., di mana kami mengadakan 1 projek mega iatu melawat pusat perhilitan di Kuala Rengit, Lanchang.
misi utama kami ke sana adalah nak naik gajah......! hehe
sepanjang 3 hari 2 malam, pelbagai aktiviti dijalankan..sempoi je perkhemahan kami ni~~
ada aktiviti rentas hutan, dan paling best, kompem a jamuan bbq mlm tu...ngee~
tapi,...aktiviti blind train aa yg paling best, mencabar, kagum dsb.
Pelbagai pengalaman, cerita yg ada disebalik pengembaraan blind train...cerita yg plg hangat terjadi antara kili & wani,... ceritanya..? biarlah rahsia :)





Pengembaraan ke Deer Land juga sangat menarik. Event plg best, kami semua diminta beratur...dan...
Seekor trained beruk diarah lompat2 dari 1 kepala ke 1 kepala yg lain...haahaa~~
memang best walaupun segala perasaan negatif ada a...


Dan pengalaman peluk2 ular sawa pon kami dapat kat sini...semua tak melepaskan peluang nak menyentuh dan membelai reptilia ganas dalam sopan tu..
(refer to pix above)
..
konklusinya....
walaupun pelbagai halangan yg dihadapi...memang best dan tak rugi langsung kami memenatkan diri kami semua dalam merealisasikan impian untuk membuat aktiviti ini...
kerana...sejuta pengalaman dan pengetahuan yg tidak mungkin kita peroleh dari mana-mana tempat melainkan yg sewaktu dengannya,,..

semalam...gempar di page facebook alimi...ura2 mengatakan kami semua sepakat di kg lalat...hik3 di mana kuasa veto menunjukkan majoriti menghendaki tiada perubahan jawatankuasa tertinggi di sem depan..syahid? gudlap :)




Di mana...sebelum sem 3 menutup tirai,..saya selaku penulis [thhs] menadah tangan menyusun 10 jari yg ada memohon keampunan kepada semua ahli unit andai terdapat salah silap (memg ade kot?), serta pembaca2, dan sekalian warga kampus..
ura2 kami bakal dipindahkan...saya pasti tiada siapa yg tahu akan jawabnya melainkan Yang Esa di atas sana...

Sabtu, Julai 25, 2009

Selamat Ulangtahun yang pertama buat ahli2 unit Sains!!!

Alhamdulillah....dah setahun dah kita bersama...cewah..
Rasa macam baru jer daftar ari 2...tp dah nak separuh sem 3 dah rupanya...
Hmm...harap-harap sepanjang satu tahun pengalaman yang kita dapat dan belajar kat sini,susah senang yang kita hadapi sama-sama, masalah yang kita selesaikan sama-sama,kegembiraan yang kita kongsi sama-sama...dan apa jua perkara yang kita buat sama-sama dapat dijadikan satu sebab yang kukuh untuk kita terus bersatu dalam satu pasukan...alhamdulillah..jujurnya aku memang sangat selesa dan gembira sebab terpilih untuk menyertai unit sains ni...diharapkan agar setiap ahli dalam unit kita dapat bersama-sama untuk terus mengeratkan lagi ikatan sesama kita dan berusaha sehabis daya untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh merosakkan ikatan tu..ok?! :) sayang korang!!

Jom kita tengok gambar-gambar kita masa jamuan ulangtahun kita malam tu!!!! :)



















Isnin, Jun 01, 2009

Rakan-rakan sains seperjuangan...

assalamualaikum w.b.t....
slm syg buat rkn2...faiq,zai,apiz,limie,nan,fet,kimah,rina,syahid,nas,mel,
baby,mizah,wani,asma,ain,janna,diba,sya,dila...hrp sume sehat2...
blek umah ni mkn byk2 k? topup pe yg xly bwat kt mktb..huhu..
tp jgn sek rht je..tlg mak ayah...ni je la mse kte ade ngn dorg...
suatu ari nnt mgkn kte xbrsme dorg lg..jd hargailah..org tua kte...
jom kte pkat2 pi kenduri akak zai kawen...org2 yg dkt 2 rajin2 la g...
cian kt kwn kte 2..pnat die mengajak...ek? k~2 be continue....

Sabtu, April 18, 2009

SIKAP BURUK ORANG KITA

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama dah tak update, maklumlah adapter wireless laptop ni 'brona' sikit. Dapat update ni pun sebab uchena bagi pinjam 'die punye broadband je' ;)

Setakat ini, tak ada apa-apa aktiviti yang menarik yang kami jalankan kecuali Bakti Siswa yang sememangnya kami jalankan tiap-tiap hari Jumaat. Semalam, satu lagi sesi Bakti Siswa telah dapat dijalankan dengan jayanya. Di samping cerita berkenaan Bakti Siswa, terdapat satu lagi perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

Sewaktu rakan-rakan yang lain sibuk dengan Bakti Siswa, 5 orang daripada cikgu laki telah dipanggil untuk membantu menguruskan hasil kutipan derma pakaian PBSM yang terdapat di Dewan Darul Makmur. Hasil kutipan derma pakaian ini sememangnya amat banyak dan ini membuktikan bahawa warga Kuala Lipis ini pemurah semuanya.

Cuma, apa yang dikesalkan ialah, bukan setakat pakaian yang didermakan, ada juga yang dermakan 'sampah'. Maaf jika kedengaran sedikit kasar namun realitinya memang begitu. 'Sampah' yang saya maksudkan tadi ialah pakaian-pakaian yang langsung tidak boleh dipakai. Maknanya, dalam sifat pemurah kita ni, masih lagi terdapat sedikit sikap yang buruk,iaitu kita hanya jadi pemurah untuk mendermakan sesuatu barangan kita itu hanya apabila merasakan barangan itu sudah tak dapat digunakan lagi.

Harap-harapnya, lepas ni kita semua cikgu-cikgu tak kisahlah cikgu sains ke,bm ke, cuba-cubalah kikis 'sikap buruk dalam baik' kita ni. Bukan apa, dalam konteks derma ni, kita seharusnya dermakan sesuatu yang paling kita sayang, bukannya mendermakan sesuatu yang kita sudah tidak suka ataupun yang langsung tak dapat berfungsi. Contohilah sikap sahabat-sahabat Rasulullah SAW dari golongan ansar yang sewaktu tibanya golongan muhajirin dari Mekah, golongan ansar ini dengan rela hati mendermakan sebahagian harta, malah isteri-isteri mereka kepada saudara muhajirin mereka yang baru tiba. renung2kan dan selamat beramal =)

Selasa, Mac 31, 2009

PROGRAM BAKTI SISWA CIKGU2 SAINS

Panas terasa bila baca komen2 yang tertulis di ruangan 'shout' di sebelah, sidebar kanan ni. Tak sangka pula yang cikgu2 ni berbakat juga dalam mengkritik orang lain, walaupun apa yang dikritik tu, taktau mana hujung pangkalnya. Tapi apa boleh buat, pendapat orang lain, kita tak boleh bantah sebab itu pendapat diorang. Apa yang penting, fikir terlebih dulu bila kita nak cakap sesuatu, jangan cakap tak tentu hala je.. Sebabnya, orang Islam ni akan berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin menyakiti hati saudara seIslamnya yang lain =)

Baiklah, berbalik kepada topik utama saya pada pagi yang mulia ini iaitu berkenaan berita terkini cikgu2 sains. Mungkin ada yang tanya, apsal tulis tentang budak2 sains je??? hebat sangat ke budak2 sains sampaikan nak tulis tentang budak2 sains je.. Dah tentulah kami tulis tentang cikgu2 sains je, nama blog pun Cikgu Sains kan =)

Buat masa sekarang, kami semua sedang sibuk dengan satu program yang dinamakan program 'Bakti Siswa'. Program ini melibatkan cikgu2 sains dan pensyarah2 unit JSM dengan murid-murid darjah 4 dan 5 SK Tempoyang dengan tujuan untuk membantu 'mengukuhkan kefahaman murid-murid disitu berkaitan dengan konsep sains'. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah unit JSM terutama Pn Rafidah dan Pn Puziah yang banyak membantu kami melaksanakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada En. Ghaffar, KJ Tek. Pendidikan bersama-sama dengan cikgu2 matematik PISMP Matematik kerana untuk makluman semua, idea pelaksanaan program ini datangnya dari mereka.

Kalau nak tengok gambar masa hari pertama program ni berlangsung, tengoklah kat bawah ni ....


















Isnin, Mac 30, 2009

cekgu2,...

perhatian,...

sesape yg nk wat blog,..atau tere wat blog,..infom la kat jpp nye webmaster,.. bule a die tolong msokkan link blog korg lam blog jpp...

xg2?? ag senang kan,... :)

xdek a smpai tmbol ade mende yg x wape nk sedap mate membace,..em seharusnye nilai2 murni cegu telah dpt diserapkan n ditunjukkan,... bawu a ley jd cekgu yg baik kan?kan? :)

Isnin, Februari 16, 2009

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Inilah antara gambar pemandangan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang indah dan permai ini =)

::Gambar 'air terjun', laluan nak pegi kelas::



::Air terjun yang dimaksudkan, inilah!!::



::Jambatan gantung, penghubung aspura dengan blok akademik::

WE ARE TEACHERS.


Ada yang mak suruh, ayah suruh. Ada juga yang sememangnya minat dari kecil lagi. Begitulah jawapannya ketika ditanya oleh pensyarah tentang sebab memilih untuk menyambung pengajian di IPG ini yang secara tak langsung, memilih guru sebagai kerjaya.

Ada yang 'tua', ada yang muda, ada juga yang masih budak =P Pelbagai peringkat umur ada. Bermacam-macam latar belakang, rupa dan perangai yang jika tiada tolak ansur, pelbagai perkara buruk yang booleh berlaku. Itulah kami, warga pelajar unit sains ambilan Julai 2008 IPTAA merangkap bakal guru, lima tahun akan datang.