Ahad, Januari 23, 2011

Rehlah SCS 24th January 2011

Hari ini, kami bersama-sama berkelah di astaka. Walaupun ramai juga pada asalnya datang nak makan, tapi at the end, everyone was having so much fun!

Aktiviti pertama setelah memanaskan badan ialah permainan baling selipar. Hanya dua round sahaja yang dapat dibuat, sebelum permainan diteruskan kepada main sorok-sorok. Memang sangat seronok. Sampai badan besar-besar pun boleh muat menyorok dalam longkang kecil tu. Dan aku rasa semua tak berpuas hati dengan duo Fetri-Syauqi. Agak menyakitkan hati ye strategi mereka berdua tu.

Permainan diteruskan dengan bermain Iceberg (lebih kurang begitulah namanya). Lima orang 'monster' iaitu Syahid, Mel, Janna, Syauqi dan Faiq telah ditugaskan untuk menangkap kami ikan-ikan duyung yang comel, jelita dan ayu ini. Macam main kejar-kejar jugalah.

Selepas penat bermain, kami semua berehat sambil makan sandwich dan kerepek yang telah dibawa. Sambil makan, Zairul mengambil kesempatan itu untuk memberikan peringatan kepada kami berkenaan menjaga kesihatan, merujuk kepada ziarah mereka ke rumah Syafiq Abd Manaf.



Selesai makan, kami sambung permainan dengan permainan baby do you love me yang memang lawak dan boleh buat orang ketawa tak henti-henti. Selepas tu permainan panjang-pendek. Tak tahulah siapa yang menang. Seterusnya permainan diteruskan dengan Silent Killer dan akhirnya buaya-biawak.

Confession of love...hahahahahahahahahaha!!


Sebelum balik, oleh kerana majoriti ahli unit ni gila kamera, jadi masing-masing menggilalah ber'posing' dengan macam-macam cara. Dan yang paling gila adalah posing 'Darwin evolution' ni.



Apa pun, tahniah kepada AJK Sosial dan Aktiviti yang telah pun berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Juga pada semua yang telah hadir untuk memeriahkan. Semoga lain kali buat lagi, penat-penat dan sihatkan badan, sambil mengeratkan perhubungan yang baik sesama kita.

p/s: untuk lihat lebih banyak gambar, sila ke http://www.facebook.com/album.php?aid=48917&id=1824171548&l=a55e225120

3 ulasan:

syazwa berkata...

yeh..sewonok sgt ari ni...

game2 tu i just LOVE it

:D

dieyba berkata...

seronok sgt3...^_^

reena ahmad berkata...

hehehhee.....
6tkan aktiviti seterusnya t dihandle oleh syauqi lak...