Selasa, Februari 22, 2011

Usrah Bulanan : Maulidur Rasul

Pada hari ini, telah diadakan usrah bulanan yang bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Usrah ini telah dilaksanakan dengan membuat kuiz berkenaan sirah RasuluLlah. Kuiz ini dibuat secara berkumpulan.

Berikut merupakan soalan kuiz tersebut:

1. Tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.
A. 12 Rabiul Awal
B. 12 Rabiul Akhir
C. 12 Rejab

2. Nama datuk dari sebelah bapa Nabi Muhammad SAW.
A. Abdul Talib bin Hashim
B. Abi Talib bin Hashim
c. Abdul Muttalib bin Hashim

3. Nama datuk dari sebelah ibu Nabi Muhammad SAW.
A. Wahab bin Abdul Manaf
B. Wahab bin Al Musa
C. Wahab bin Sulaiman

4. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad yang pertama?
A. Halimah binti Abu Zuaib
B. Thuwaibah
C. Halimah binti Al Hisham

5. Nabi Muhammad dibedah oleh malaikat seawal usia baginda
A. 5 tahun
B. 6 tahun
C. 7 tahun

6. Bonda Nabi Muhammad wafat pada usia baginda
A. 6 tahun
B. 7 tahun
C. 8 tahun

7. Pada usia berapakah baginda dipelihara oleh Abu Talib?
A. 8 tahun
B. 9 tahun
C. 10 tahun

8. Surah apakah yang menjadi wahyu pertama kepada baginda?
A. Al-A'la
B. Al-'Alaq
C. Al-Talaq

9. Pada usia berapakah Nabi Muhammad diberi penghormatan untuk meletakkan kembali Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya di Kaabah?
A. 45 tahun
B. 35 tahun
C. 25 tahun

10. Nabi Muhammad SAW wafat pada usia
A. 61 tahun
B. 62 tahun
C. 63 tahun

------------------------------------------------------------------

Sebelum usrah ini tamat, kami dikehendaki untuk memberikan refleksi berkenaan aktiviti yang telah kami jalankan. Antaranya:
Semua patut tengok semua sirah Nabi, sebab semuanya pernah kita belajar tapi jarang kita ulangi. Maulidur Rasul bukanlah setakat menyambut sahaja tapi sepatutnya dijadikan satu cara untuk kita mengenali Nabi dengan lebih dalam dan mendalamkan cinta kita kepada RasuluLlah.

Ramai yang tahu betapa cintanya RasuluLlah kepada kita. Ketika mahu tidur, dia menyebut-nyebut kita. Ketika hendak wafat pun, masih bimbangkan tentang kita. Pengorbanan Nabi Muhammad sangatlah besar. Andai bukan dengan semangat dan ketabahan baginda, tak mungkin kita sekarang ini dapat mengecap nikmat Iman dan Islam. Ingatlah ketika baginda cuba untuk menyebarkan Islam ke Thaif, dakwah baginda ditolak, malah dibaling batu hingga penuh kasut baginda dengan darah. Namun baginda tidak luntur semangat, malah terus bersabar dan berdoa untuk penduduk di situ.

Maka, jadikanlah kuiz ini sebagai penanda aras, di tahap manakah kenalnya kit akan RasuluLlah. Jika baik, maka teruskanlah. Tapi andai masih kurang memuaskan, pelajarilah lagi apa yang tidak kita tahu.


Semoga semua dapat pengajaran dan ingatan melalui usrah kali ini.


P/S:
Jawapan untuk soalan di atas.
1. 12 Rabiul Awal
2. Abdul Muttalib bin Hashim
3. Wahab bin Abdul Manaf
4. Thuwaibah
5. 5 tahun
6. 6 tahun
7. 8 tahun
8. Al-'Alaq
9. 35 tahun
10. 63 tahun

1 ulasan:

syazwa berkata...

tahniah kpd pemenang ^-^

tggu adiahnye. hehe